Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Suami Wanita China Dibunuh

Diterbitkan: 06 Mar 2018 3.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuching, 6 Mac 2018 - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita warganegara China, yang kepalanya ditemui di tebing Sungai Batang Lupar, Jalan Skait, Sri Aman, kira-kira 280 kilometer dari sini, tiga hari lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-suami-wanita-china-dibunuh
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:26 MYT

Kuching, 6 Mac 2018 - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita warganegara China, yang kepalanya ditemui di tebing Sungai Batang Lupar, Jalan Skait, Sri Aman, kira-kira 280 kilometer dari sini, tiga hari lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata lelaki berumur 42 tahun itu, yang juga suami wanita berkenaan, ditahan reman tujuh hari sejak semalam selepas keterangan yang diberikan beliau kepada polis mengenai kehilangan isterinya didapati meragukan.

Beliau berkata dalam keterangannya, peniaga tempatan itu yang mempunyai dua anak, berkata isterinya telah hilang beberapa hari tetapi dia tidak membuat laporan polis atas alasan tertentu.

“Kes ini diklasifikasi sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Usaha sedang dijalankan untuk mengumpul keterangan dan mengenal pasti identiti suspek yang terlibat.

“Semalam bedah siasat telah dijalankan ke atas kepala berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dev berkata pemeriksaan awal yang dijalankan oleh doktor di Hospital Sri Aman mendapati bahawa wanita yang berumur antara 20 dan 30 tahun itu meninggal dunia dalam tempoh 24 jam, dan kes pada mulanya disiasat sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Beliau berkata pada hari berikutnya seorang lelaki warga China mengecam wanita itu sebagai anaknya yang berumur 31 tahun yang berkahwin dengan seorang peniaga tempatan pada 2011 dan menetap di Sri Aman.

Pada 3 Mac, penduduk Sri Aman digemparkan dengan penemuan objek dikatakan kepala manusia di tebingan sungai Batang Lupar, Sri Aman, dan pemeriksaan oleh pasukan polis di tempat kejadian mengesahkan bahawa objek tersebut adalah kepala seorang wanita.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 06 Mar 2018 3.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM