Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Wanita Cantik Tipu Rm59 900 Tiga Lelaki Ditahan

Published: 19 Jun 2014 3.52 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis berjaya menahan tiga lelaki iaitu dua rakyat tempatan berusia 32 dan 28 tahun di rumah masing masing di Taman Seri Setia, Johor Bahru, Johor, dan seorang pelajar kolej berbangsa Nigeria berusia ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wanita-cantik-tipu-rm59-900-tiga-lelaki-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:08 MYT
 
Seorang kakitangan kerajaan mengalami kerugian RM59.900 apabila ditipu satu sindiket antarabangsa yang turut didalangi rakyat tempatan. Mangsa berumur 35 tahun yang juga seorang kakitangan sebuah jabatan kerajaan berpejabat di sini, membuat laporan polis selepas menyedari diperdaya wanita yang dikatakan berwajah cantik melalui satu akaun di Facebook sejak awal bulan lalu.

Polis berjaya menahan tiga lelaki iaitu dua rakyat tempatan berusia 32 dan 28 tahun di rumah masing masing di Taman Seri Setia, Johor Bahru, Johor, dan seorang pelajar kolej berbangsa Nigeria berusia 20-an di sekitar Damansara, Selangor. Polis percaya mereka sebahagian daripada sindiket penipuan dan masih memburu saki baki kumpulan terbabit.

Sehubungan itu, polis juga sedang mengesan seorang lelaki dari Nigeria yang dikenali sebagai Chizaoba Gods Power lwuagwu untuk siasatan. Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Cawangan jenayah Ko-mersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Pcrak, Inspektor Gopal Palanisamy di talian 016-6379408 atau menghubungi Balai Polis Teluk Intan di talian 05-6222222 atau balai polis berhampiran.

Wanita Cantik Tipu Rm59 900 Tiga Lelaki Ditahan

Sumber: Harian Metro.
ArticlePublished 19 Jun 2014 3.52 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM