Serbuan dilakukan pukul 11.30 malam berjaya merampas dadah jenis ketamin seberat 509 gram yang dijumpai dalam botol serta paket plastik dan masih belum dibungkus dalam paket kecil.
Suspek mengaku terbabit dengan kegiatan itu sejak enam bulan lalu yang menjadi pekerjaan sampingannya untuk menambah pendapatan keluarga dan memberitahu bahan larangan tersebut boleh menampung keperluan kepada 2,500 penagih di sekitar Muar dan kawasan sekitar.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Sumber: Kosmo