Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Wanita Buang Bayi Lelaki Ditahan

Diterbitkan: 03 May 2015 10.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Tinggi, 3 Mei - Polis menahan seorang wanita berusia 27 tahun susulan laporan penemuan seorang bayi lelaki yang masih hidup di dalam longkang di belakang sebuah rumah di Felda Lok Heng, dekat sini semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wanita-buang-bayi-lelaki-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:14 MYT


Kota Tinggi, 3 Mei - Polis menahan seorang wanita berusia 27 tahun susulan laporan penemuan seorang bayi lelaki yang masih hidup di dalam longkang di belakang sebuah rumah di Felda Lok Heng, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata pihaknya mendapat maklumat pada pukul 2.30 petang semalam berhubung penemuan bayi yang baru dilahirkan di dalam longkang rumah jirannya.

Beliau berkata bayi itu kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Felda Lok Heng untuk rawatan dan seterusnya dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan lanjut.

Rahmat berkata siasatan awal mendapati bayi itu, yang dipercayai baru dilahirkan lebih kurang sejam dan masih bertali pusat, ditemui dalam keadaan tertiarap dan menangis di dalam longkang di belakang sebuah rumah.

"Berikutan itu, anggota kita juga berjaya menahan seorang wanita dipercayai ibu bayi tersebut, berasal dari Ulu Tiram, yang dipercayai melahirkan bayi terbabit di dalam tandas rumah saudaranya tanpa pengetahuan sesiapa," kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.

Rahmat berkata siasatan lanjut mendapati wanita itu membuang bayi tersebut dari tandas ke luar rumah melalui ruang antara dinding dan bumbung sebelum bayi itu terjatuh ke dalam longkang yang tidak mengandungi air dan hanya pasir basah.

Beliau berkata wanita terbabit ditahan reman sehingga 4 Mei ini bagi membantu siasatan.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 03 May 2015 10.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM