Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lelaki Warga Asing Pecah Rumah Guna Pukau Ditahan

Diterbitkan: 03 May 2015 10.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Tinggi, 3 Mei - Seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai terlibat dalam pelbagai kes pecah rumah melibatkan pukau, ditahan dalam operasi sekitar Taman Sri Saujana, berdekatan Ladang Foh Chong, dekat sini, baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-warga-asing-pecah-rumah-guna-pukau-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:34 MYT


Kota Tinggi, 3 Mei - Seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai terlibat dalam pelbagai kes pecah rumah melibatkan pukau, ditahan dalam operasi sekitar Taman Sri Saujana, berdekatan Ladang Foh Chong, dekat sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata suspek, yang juga pendatang tanpa izin, berjaya ditangkap setelah bergelut dengan polis walaupun dipercayai mempunyai ilmu pukau.

"Polis turut menemui beberapa jenis tangkal yang dipercayai digunakan untuk pecah rumah. Suspek yang berusia 27 tahun itu didapati tidak memiliki dokumen yang sah untuk tinggal di Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 03 May 2015 10.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM