Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Wanita Berang Tidak Dapat Dadah

Published: 24 Aug 2017 7.26 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Muar, 24 Ogos 2017 - Lelaki parah selepas ditikam di dada kanan oleh wanita yang tidak berpuas hati dalam urusan jual beli dadah di gerai makan di Parit Jawa, di sini kira-kira 1.30 petang Selasa lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wanita-berang-tidak-dapat-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:09 MYT

WANITA BERANG TIDAK DAPAT DADAH

Muar, 24 Ogos 2017 - Lelaki parah selepas ditikam di dada kanan oleh wanita yang tidak berpuas hati dalam urusan jual beli dadah di gerai makan di Parit Jawa, di sini kira-kira 1.30 petang Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, wanita berusia 26 tahun berkenaan menikam mangsa dengan pisau berukuran 22 sentimeter selepas mereka bergelut dan disaksikan orang ramai.

Beliau berkata, akibat kejadian mangsa, 38, rebah dan dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar dan kini dilaporkan stabil di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

"Suspek ditahan dalam tempoh lima jam selepas kejadian di sekitar Parit Jawa dan hasil ujian saringan air kencing mendapat suspek positif Syabu dan Heroin.

"Hasil siasatan mendapati suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang gagal memberikannya dadah selepas membayar sejumlah wang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek ditahan reman selama lima hari bermula semalam hingga Ahad ini bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

"Suspek yang tidak bekerja turut mempunyai rekod lampau mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 (NFA), pada 2015," katanya. – HARIAN METRO ONLINE

Sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/08/257162/wanita-berang-tak-dapat-dadah
ArticlePublished 24 Aug 2017 7.26 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM