Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Wanita Antara Enam Ditahan Terlibat Samun Dan Curi Kenderaan

Published: 16 Nov 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Wanita antara enam individu ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam sindiket samun dan curi kereta di sekitar daerah ini sejak September lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wanita-antara-enam-ditahan-terlibat-samun-dan-curi-kenderaan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:48 MYT

Petaling Jaya, 16 Nov - Wanita antara enam individu ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam sindiket samun dan curi kereta di sekitar daerah ini sejak September lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata, kesemua mereka yang ditahan berumur lingkungan 22 hingga 37 tahun.

Beliau berkata, serbuan pertama di sebuah rumah di Taman Putra Damai, Subang telah menahan dua suspek lelaki dan seorang wanita kira-kira pukul 6 petang Selasa lepas yang terlibat dalam kegiatan itu.

"Susulan tangkapan pertama oleh Cawangan Siasatan Khas Jenayah D9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya polis berjaya menahan tiga lagi lelaki sekitar Bukit Puchong, Subang Jaya dan Damansara Damai Khamis lepas," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Zani berkata, suspek menggunakan modus operandi menyamun mangsa menggunakan parang sebelum melarikan kenderaan mereka.

"Kesemua suspek mencuri kenderaan bagi tujuan kegunaan sendiri dan menyewakan pada orang lain," katanya.

Menurutnya, polis berjaya menemui enam kereta yang dipercayai telah dicuri iaitu Honda Civic, Hyundai Elantra, Perodua Myvi, Perodua Kancil, Perodua Alza dan Toyota Camry.

"Dengan tertangkapnya kesemua suspek, tujuh kes samun dan curi kereta sekitar daerah ini dapat diselesaikan," katanya.

Katanya, tempoh reman kesemua suspek yang berakhir hari ini akan dilanjutkan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata parang.

- BERNAMA

ArticlePublished 16 Nov 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM