Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Wang Tunai Berjumlah Lebih Rm500 000 Dipercayai Hasil Jualan

Published: 17 Jun 2014 6.39 AM Updated: 15 Aug 2026 7.44 PM
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata kejadian pertama pukul 11 malam, Jumaat lepas, seorang suspek lelaki berumur 36 tahun ditahan bersama enam ketulan ganja seberat 4.6kg da..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wang-tunai-berjumlah-lebih-rm500-000-dipercayai-hasil-jualan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:27 MYT

Petaling Jaya, 2 Julai - Polis menyita wang tunai RM527,580 dipercayai hasil perniagaan dadah daripada seorang lelaki tempatan dalam serbuan di sebuah rumah di Damansara, di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata kejadian pertama pukul 11 malam, Jumaat lepas, seorang suspek lelaki berumur 36 tahun ditahan bersama enam ketulan ganja seberat 4.6kg dan wang tunai RM262,580 di sebuah rumah di Damansara.

"Kami percaya wang tunai yang disimpan suspek adalah hasil perniagaan dadah. Selain wang itu, kita turut menyita wang tunai di dalam akaun bank milik suspek sebanyak RM265,000," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Susulan daripada tangkapan itu, Arjunaidi berkata polis turut membuat serbuan kedua pada 5 petang semalam dan menahan tiga lagi suspek lelaki berumur lingkungan 27 hingga 39 tahun di sekitar Damansara.

Beliau berkata seorang daripada mereka bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat dan dipercayai menggunakan kenderaan jenis Toyota Estima milik syarikat itu untuk mengedar dadah.

"Ketika ditahan, polis merampas 20 ketulan ganja seberat 19kg di dalam kereta itu. Selang 45 minit kemudian, dua lagi suspek lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan pengedaran dadah ditahan di lokasi berhampiran.

Katanya hasil rampasan dadah daripada empat suspek itu dianggarkan bernilai RM200,000.

"Kami yakin mereka mempunyai rangkaian pengedaran dadah yang luas di sekitar Damansara, Sungai Buloh dan Sungai Penchala serta dipercayai bergiat aktif sejak sebulan lepas," katanya.

Arjunaidi berkata polis masih menyiasat sama ada kumpulan berkenaan mempunyai saki-baki anggota di kawasan itu.

"Hasil siasatan polis mendapati kesemua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau manakala ujian air kencing yang dijalankan didapati negatif.

Mereka direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 6.39 AMUpdated 15 Aug 2026 7.44 PM