Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Wang Palsu Bernilai Rm 1 Juta Dikesan Dalam Sekatan Jalan Ra

Published: 17 Jun 2014 6.17 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sepasukan anggota polis yang mengadakan sekatan jalan raya di Ledang berjaya menemui sejumlah wang palsu bernilai RM 1 juta yang disorokkan di dalam sebuah kereta yang ditahan dalam operasi tersebut. ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wang-palsu-bernilai-rm-1-juta-dikesan-dalam-sekatan-jalan-ra
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:47 MYT

Johor Bharu - Sepasukan anggota polis yang mengadakan sekatan jalan raya di Ledang berjaya menemui sejumlah wang palsu bernilai RM 1 juta yang disorokkan di dalam sebuah kereta yang ditahan dalam operasi tersebut.

Wang palsu tersebut didapati telah diasingkan dalam nota RM 100, RM 50 dan RM 1.

Berhubung kejadian tersebut, seorang lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai Jaya Supt Zulkefly Yahya berkata terdapat tiga kes yang dilaporkan mengenai permalsuan wang di daerah tersebut dan menyatakan perkara itu telahpun dimaklumkan kepada Bank Negara Malaysia dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 489C Kanun Keseksaan.

Sesiapa yang didapati bersalah di bawah seksyen ini boleh dikenakan penjara sehingga 10 tahun.

Orang ramai juga diminta membuat laporan polis sekiranya menerima wang palsu dan tidak menggunakannya untuk membeli barangan. Perbuatan tersebut adalah salah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Sumber: Akhbar The Star

Wang Palsu Bernilai Rm 1 Juta Dikesan Dalam Sekatan Jalan Ra

ArticlePublished 17 Jun 2014 6.17 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM