Article
Video Pilihan Video Pilihan Lima Sekeluarga Didenda Akibat Maki Ugut Polis
Melaka, 2 Jun 2022 - Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM12,500 terhadap lima sekeluarga atas kesalahan menghalang tu...
Melaka, 2 Jun 2022 - Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM12,500 terhadap lima sekeluarga atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam termasuk mengeluarkan perkataan kesat dan mengugut polis pada Mac lalu.
Majistret Nabihah Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Hafizi Zakaria, 25 tahun, Zakaria Kadir K.V Raja, 60 tahun, Putrawirawan Irwan, 40 tahun, Ahmad Hafizan Zakaria, 19 tahun dan Nor Ain Zakaria, 36 tahun, selepas menerima pengakuan bersalah dan mensabitkan mereka dengan pertuduhan.
Nabihah bagaimanapun membenarkan seorang lagi tertuduh iaitu juvana lelaki berusia 15 tahun yang mengaku bersalah atas tuduhan itu, dilepaskan dengan jaminan RM1,000 dan menetapkan sebutan kes pada 4 Julai depan untuk fakta dan hukuman sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Mengikut pertuduhan, keenam-enam mereka yang mempunyai hubungan ayah, anak, menantu dan cucu didapati dengan sengaja menghalang tugas empat anggota polis berpangkat koperal di pekarangan Balai Polis Batu Berendam pada jam 1 pagi 26 Mac lalu.
Berdasarkan fakta kes, pengadu yang juga anggota polis cuba meleraikan kekecohan dicetuskan sekumpulan individu di tempat dan pada tarikh seperti pertuduhan.
Sumber: Berita Harian Online dan Buletin TV3
Pautan: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/545652553807230/

Pautan: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/545652553807230/
