Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan 11 Suspek Jenayah Terancang Ditahan

Diterbitkan: 02 Jun 2022 6.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Georgetown, 2 Jun 2022 - Polis Pulau Pinang berjaya membongkar kegiatan kumpulan jenayah terancang yang menjalankan aktiviti penyeludupan dadah ke negara jiran serta memiliki senjata api.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-11-suspek-jenayah-terancang-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:17 MYT
Georgetown, 2 Jun 2022 - Polis Pulau Pinang berjaya membongkar kegiatan kumpulan jenayah terancang yang menjalankan aktiviti penyeludupan dadah ke negara jiran serta memiliki senjata api.

Susulan itu, seramai 11 individu warga tempatan telah ditahan di sekitar Pulau Pinang menerusi serbuan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang dan Bahagian Jenayah Terancang (D14) JSJ Bukit Aman menerusi Op Cantas Tanjung III.

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato’ Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata penahanan sembilan lelaki dan dua wanita itu dilakukan pada 12 tengah hari, 24 Mei lalu.

Katanya, menerusi siasatan dan risikan, polis berjaya merampas tiga pistol bersama 90 peluru hidup dan satu bom tangan.

"Kesemua barangan itu dirampas dalam kebun durian di kawasan Teluk Bahang, di sini dan suspek berusia 29 hingga 61 tahun.

"Kegiatan mereka dipercayai aktif sejak sejak tahun 2021 serta kebanyakan suspek bekerja sendiri dan tidak bekerja," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini, hari ini selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kontinjen Pulau Pinang.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../11-suspek-jenayah...

May be an image of 4 people and text that says 'AMALAN KITA POLIS DIRAJA P PDRA AT MEDIA ULAU PI-1'

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 4 people

May be an image of 1 person

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 3 people and people standing

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text that says 'HUKUMAN SEKSYEN AKTA SENJATAPI (PENALTI LEBIH BERAT) 1971 PENJARA (14) TAHUN DAN SEBATAN TIDAK KURANG DARIPADA (6) KALI
ArtikelDiterbitkan 02 Jun 2022 6.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM