Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Tindakan Pasukan Keselamatan Tumpaskan Abu Sayyaf Terima Pujian

Published: 20 May 2021 2.50 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Beaufort, 20 Mei 2021 - Tindakan pantas pasukan keselamatan menumpaskan kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang bersembunyi di kawasan penempatan setinggan paya bakau Taman Sri Arjuna di sini pada Isnin lepas (17 Mei) menerima pujian dan amat melegakan penduduk di daerah ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-tindakan-pasukan-keselamatan-tumpaskan-abu-sayyaf-terima-pujian
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 12:05 MYT

Beaufort, 20 Mei 2021 - Tindakan pantas pasukan keselamatan menumpaskan kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang bersembunyi di kawasan penempatan setinggan paya bakau Taman Sri Arjuna di sini pada Isnin lepas (17 Mei) menerima pujian dan amat melegakan penduduk di daerah ini.

Seorang penduduk Mohd Hairol Jais, 33, tidak menyangka belakang kawasan perumahan itu menjadi tempat persembunyian pengganas yang dikehendaki.

Katanya, pada hari kejadian dia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan terdengar bunyi letupan tetapi menganggapnya hanya bunyi mercun.

"Sekarangkan Hari Raya jadi saya ingat bunyi mercun saja, tetapi selepas itu saya nampak ramai polis datang dan tular berita pasal kes tembakan," katanya kepada Bernama di sini pada Rabu.

Mohd Hairol bagaimanapun berkata, dia menunggu berita pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai kejadian berkenaan dan merasa lega apabila individu yang dikehendaki pihak berkuasa itu berjaya ditumpaskan.

Seorang lagi penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Kamaliah berusia 40-an tidak menyangka kawasan itu menjadi tempat persembunyian individu yang berbahaya malah dikehendaki oleh negara jiran dan turut memuji tindakan pantas anggota keselamatan tersebut.

"Saya hanya tahu berita itu melalui media massa semalam dan timbul juga rasa takut serta risau akan keadaan keselamatan di sini, tetapi tindakan pantas pasukan keselamatan menghapuskan kumpulan pengganas itu memang amat melegakan kami," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/…/Tindakan-pasukan-keselamat…

Sumber: BERNAMA dan Sinar Harian

Video Pilihan Tindakan Pasukan Keselamatan Tumpaskan Abu Sayyaf Terima Pujian
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/2742594219363948
ArticlePublished 20 May 2021 2.50 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM