Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pkp 3 0 Rakyat Disaran Laksana Sekatan Pergerakan Kendiri

Diterbitkan: 21 May 2021 3.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 21 Mei 2021 - Rakyat disaran mengambil langkah proaktif melakukan sekatan pergerakan kendiri atau ‘self lockdown’ bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 susulan kes harian melebihi 6,000 kes dalam tempoh dua hari berturut-turut.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-pkp-3-0-rakyat-disaran-laksana-sekatan-pergerakan-kendiri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:30 MYT
Kuala Lumpur, 21 Mei 2021 - Rakyat disaran mengambil langkah proaktif melakukan sekatan pergerakan kendiri atau ‘self lockdown’ bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 susulan kes harian melebihi 6,000 kes dalam tempoh dua hari berturut-turut.

Semalam, Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi dengan 6,806 kes dilaporkan, meningkat berbanding 6,075 pada hari sebelumnya.

Sekatan pergerakan kendiri juga selaras saranan dan penekanan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, yang meminta rakyat tinggal di rumah, selain mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

"Kes harian mencecah 6,075 pada Rabu, orang ramai diharap semakin berwaspada melindungi diri serta keluarga daripada jangkitan virus maut berkenaan. Amalkan PKP kendiri atau ‘self lockdown' bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19," kata Dr. Noor Hisham menerusi Twitternya, semalam.

Seiring saranan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) dalam laman Facebook dan Twitter malam kelmarin, berkongsi tip yang perlu dilakukan untuk orang ramai melakukan sekatan pergerakan kendiri, iaitu:

1. Ke pasar atau ‘grocery’ untuk beli barang keperluan seminggu sekali;
2. Isi minyak kenderaan tangki penuh;
3. Solat berjemaah lima waktu bersama ahli keluarga;
4. Optimumkan pembelian secara dalam talian; dan
5. Tidak menerima kehadiran tetamu.
Bacaan lanjut di keratan akhbar Berita Harian seperti di lampiran.

Sumber: Berita Harian
ArtikelDiterbitkan 21 May 2021 3.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM