Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Timbalan Kpn Hadir Majlis Pelancaran Naskhah Khas Shamsul Azri 365 Hari Menjunjung Amanah

Published: 12 Aug 2025 2.47 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Pelancaran Naskhah Khas “Shamsul Azri: 365 Hari Menjunjung Amanah” yang berlangsung di Taman Botani Putrajaya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-timbalan-kpn-hadir-majlis-pelancaran-naskhah-khas-shamsul-azri-365-hari-menjunjung-amanah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:18 MYT
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Pelancaran Naskhah Khas “Shamsul Azri: 365 Hari Menjunjung Amanah” yang berlangsung di Taman Botani Putrajaya.

Naskhah khas tersebut merupakan dokumen rasmi yang dihasilkan sebagai penghargaan terhadap khidmat bakti Ketua Setiausaha Negara ke-16, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar sepanjang tempoh kepimpinan selain mengiktiraf peranan beliau sebagai pemangkin pembangunan negara dan penasihat kepada kerajaan dalam memastikan kesesuaian dasar secara profesional.

Dalam majlis sama turut menyaksikan perasmian Laman Malaysia MADANI yang menjadi simbolik kepada pelaksanaan kerangka dasar dan falsafah pembangunan negara merangkumi pelbagai dimensi, sebagaimana diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 19 Januari 2023 dalam meraikan kebersamaan.

Sumber: TikTok PDRMsia_Official

Juruvideo: PDRM RMPTV

Video Pilihan Timbalan Kpn Hadir Majlis Pelancaran Naskhah Khas Shamsul Azri 365 Hari Menjunjung Amanah
ArticlePublished 12 Aug 2025 2.47 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM