Article
Video Pilihan Timbalan Kpn Hadir Majlis Khatam Al Quran Peringkat Bukit Aman
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran Sempena Bul...
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran Sempena Bulan Ramadan Peringkat Bukit Aman Tahun 2024 Masihi/1445 Hijrah yang berlangsung di Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Seramai 118 warga Polis Diraja Malaysia Bukit Aman yang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai rendah dan pegawai awam telah menyertai Majlis Khatam al-Quran yang dipimpin Imam Masjid Bukit Aman, Sarjan Mejar Hj. Razlee Asmat serta bacaan doa oleh Ketua Imam Masjid Bukit Aman, Ustaz Wan Amzar Fitri Wan Mohd Azlan.
Program tahunan anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard serta Masjid Bukit Aman tersebut merupakan sebahagian daripada program santapan rohani dan ilmiah yang disediakan oleh jabatan untuk warga Pasukan setiap kali bulan Ramadan tiba.
Sumber: PDRM RMP TV dan TikTok PDRMsiaOfficial
Link Pautan: https://fb.watch/r5-RCfYski/
