Artikel
Video Pilihan Tiga Warga Pdrm Dari 69 Komando Jayakan Misi Tawan Puncak Everest
Tiga warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari unit elit 69 Komando Pasukan Gerakan Khas iaitu Inspektor Kanang Anak Usin, Koperal Pragash Murugesu dan Lans Kope...
Tiga warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari unit elit 69 Komando Pasukan Gerakan Khas iaitu Inspektor Kanang Anak Usin, Koperal Pragash Murugesu dan Lans Koperal Mohamad Hanif Che Ahmad bakal membawa misi Pasukan menawan puncak tertinggi di dunia, Gunung Everest, kali ini.
Mereka bersama beberapa pendaki lain dari pelbagai latar belakang etnik dalam negara sedang menjayakan Program Pendakian Keluarga Malaysia Everest 2022 yang dijangka berakhir bulan Jun depan.
Penyerahan bendera Sang Saka Biru dan Unit 69 Komando kepada para pendaki PDRM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan berlepas ke Kathmandu, Nepal tadi telah disempurnakan oleh Komander 69 Komando, SAC Dato' Abdul Razak Mohd Yusoff.
Seluruh warga PDRM sentiasa mendoakan kejayaan dan keselamatan buat ketiga-tiga warga Pasukan yang menyertai ekspedisi kali ini. Selamat maju jaya wira-wira Pasukan!
