
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Santuni Anggota Pondok Polis Klia Sempena Ramadhan
Sepang, 14 April 2022 – Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass telah menyantuni anggota yang bertugas di Pondok Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lum...
Sepang, 14 April 2022 – Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass telah menyantuni anggota yang bertugas di Pondok Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini malam tadi.
Dalam program yang sama, Dato’ Zaini Jass turut menyampaikan sumbangan juadah sahur kepada anggota yang sedang bertugas di Pondok Polis tersebut dan anggota tugas ronda di kawasan KLIA.
Hadir sama, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed, Ketua Polis Daerah KLIA, ACP Imran Abdul Rahman serta pegawai kanan Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA.
Sumber: Polis IPD KLIA