Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Rondaan Berkuda Di Taman Perumahan Dan Premis Perniagaan

Published: 06 Apr 2021 11.55 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kajang, 6 April 2021 - Kehadiran sekumpulan pegawai polis yang melakukan rondaan dengan menunggang kuda di sekitar Bandar Seri Putra dan Bandar Bukit Mahkota, di sini, hari ini, 'mengejutkan' orang ramai di kawasan berkenaan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-rondaan-berkuda-di-taman-perumahan-dan-premis-perniagaan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:36 MYT
Kajang, 6 April 2021 - Kehadiran sekumpulan pegawai polis yang melakukan rondaan dengan menunggang kuda di sekitar Bandar Seri Putra dan Bandar Bukit Mahkota, di sini, hari ini, 'mengejutkan' orang ramai di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Tuan Mohd Zaid Hassan berkata, beliau bersama tiga lagi pegawai dari Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Pangkalan Cheras melakukan rondaan di kawasan berkenaan bermula 8.30 hingga 10.30 pagi.

"Rondaan dilakukan membabitkan taman perumahan serta premis perniagaan di kawasan terbabit dengan jarak perjalanan sejauh sembilan kilometer.

Tuan Mohd Zaid berkata, pihaknya melakukan rondaan menggunakan kuda di taman perumahan, kawasan kilang serta premis perniagaan di daerah ini sekurang-kurangnya sekali sebulan.

"Tujuan rondaan menggunakan kuda dilakukan adalah bagi memastikan kehadiran pegawai dan anggota polis di lapangan dengan menggunakan pelbagai kaedah serta aset sedia ada untuk pencegahan jenayah," ujarnya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../rondaan-berkuda-di-taman.

Sumber: Harian Metro

Video Pilihan Rondaan Berkuda Di Taman Perumahan Dan Premis Perniagaan
ArticlePublished 06 Apr 2021 11.55 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM