Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

PENGARAH JPJKK DAHULUI SENARAI PENERIMA APC TAHUN 2020 PERINGKAT PDRM

Diterbitkan: 06 Apr 2021 10.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 6 April 2021 – Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Zainal Abidin Kasim mendahului senarai 1,047 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2020 Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Seri Acryl Sani Haji Abdullah Sani di Mes Pegawai Kanan Polis, Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengarah-jpjkk-dahului-senarai-penerima-apc-tahun-2020-peringkat-pdrd
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:46 MYT

Kuala Lumpur, 6 April 2021 – Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Zainal Abidin Kasim mendahului senarai 10,137 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2020 Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Seri Acryl Sani Haji Abdullah Sani di Mes Pegawai Kanan Polis, Bukit Aman, di sini, petang tadi.

Antara pegawai kanan berpangkat SAC ke atas yang dianugerahkan sijil APC bersama Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bernilai RM1,000 ialah Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Roslee Chik, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Pahang, SAC Dato' Othman Nanyan.

Turut hadir, Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Pengarah Cawangan Khas, CP Datuk Seri Mohamed Farid Abu Hassan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Razarudin Husain, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf dan barisan Timbalan Pengarah PDRM, para pegawai kanan serta rakan media.

Jurugambar: Lans Koperal Nurfaeroz Idris, Konstabel Bryanlie Mustin dan pelajar praktikal dari Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Shahirah Afiqah Rijaluddin.

May be an image of 1 person, standing and military uniform

May be an image of one or more people, people standing and indoor

May be an image of 1 person and indoor

May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 1 person, standing and indoor

ArtikelDiterbitkan 06 Apr 2021 10.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM