Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Peniaga Dalam Talian Mengaku Salah Buat Laporan Polis Palsu

Published: 08 Jun 2022 9.12 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Bharu, 8 Jun 2022 - Seorang peniaga dalam talian mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membuat laporan polis palsu di Balai Polis Kubang Kerian, Ahad lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-peniaga-dalam-talian-mengaku-salah-buat-laporan-polis-palsu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:19 MYT
Kota Bharu, 8 Jun 2022 - Seorang peniaga dalam talian mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membuat laporan polis palsu di Balai Polis Kubang Kerian, Ahad lepas.

Muhammad Hadiq Hamdi Mohd Suhaimi, 23 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Kota Bharu, Tuan Ruzuaini Tuan Lah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membuat laporan polis palsu pada 12.37 tengah hari dengan mendakwa dia dirompak dua lelaki pada Sabtu lepas yang menyebabkan kerugian RM6,000 ketika berada di belakang sebuah bank dekat Kubang Kerian, di sini.

Muhammad Hadiq Hamdi didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA dan Harian Metro

Pautan: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/550349070090968/
ArticlePublished 08 Jun 2022 9.12 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM