Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Timbalan Kpn Tiba Di Ipk Sarawak Untuk Lawatan Kerja Rasmi

Diterbitkan: 08 Jun 2022 12.03 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuching, 8 Jun 2022 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak untuk lawatan kerja rasmi bagi menghadiri Seminar Program Perlindungan Saksi Tahun 2022 yang bermula esok.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-timbalan-kpn-tiba-di-ipk-sarawak-untuk-lawatan-kerja-rasmi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:05 MYT
Kuching, 8 Jun 2022 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak untuk lawatan kerja rasmi bagi menghadiri Seminar Program Perlindungan Saksi Tahun 2022 yang bermula esok.

Ketibaan beliau bersama isterinya yang juga Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman di Pangkalan Pasukan Gerakan Udara Sarawak tadi telah disambut oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri.

Sejurus itu, beliau telah dibawa ke Mes Pegawai Kanan IPK Sarawak dan diraikan dalam majlis ringkas bersempena Pengurniaan Darjah Kebesaran Tahun 2022 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang diterima beliau kelmarin.

Turut hadir, Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Pentadbiran), SAC Kamaruzaman Abdullah, Ketua-ketua Jabatan IPK Sarawak dan Komandan Pusat Latihan Polis Kuching, SAC Razali Mohamad.

Sumber: Polis Sarawak

May be an image of 1 person, standing, car and text

May be an image of 2 people

May be an image of 10 people, people sitting and people standing

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 3 people, headscarf and text

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 3 people and people standing
ArtikelDiterbitkan 08 Jun 2022 12.03 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM