Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Operasi Bersepadu Esscom Kekang Elemen Ganggu Gugat Keselamatan Dan Kesejahteraan Awam

Diterbitkan: 08 Dec 2022 4.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan Operasi Bersepadu di Daerah Lahad Datu bermula 1 hingga 6 Disember lalu bagi menguatkuasakan undang-undang di samping mengekang elemen jenayah rentas sempadan yang boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara, ketenteraman awam dan kesejahteraan masyarakat khasnya di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-operasi-bersepadu-esscom-kekang-elemen-ganggu-gugat-keselamatan-dan-kesejahteraan-awam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:16 MYT
 
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan Operasi Bersepadu di Daerah Lahad Datu bermula 1 hingga 6 Disember lalu bagi menguatkuasakan undang-undang di samping mengekang elemen jenayah rentas sempadan yang boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara, ketenteraman awam dan kesejahteraan masyarakat khasnya di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE).

Seramai 80 pegawai dan anggota daripada 13 agensi penguatkuasa terlibat dalam operasi bersepadu yang dilaksanakan antaranya Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Masyarakat diseru untuk menyalurkan sebarang maklumat berkenaan insiden keselamatan ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863 181 atau melalui aplikasi WhatsApp di talian 011-63311072.

ArtikelDiterbitkan 08 Dec 2022 4.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM