Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Adakan Lawatan Kerja Ke Ipk Perak

Diterbitkan: 08 Dec 2022 2.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ipoh, 8 Disember 2022 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Aidi Ismail telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jpjkk-adakan-lawatan-kerja-ke-ipk-perak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:13 MYT
Ipoh, 8 Disember 2022 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Aidi Ismail telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, semalam.

Kehadiran beliau telah disambut oleh Timbalan Ketua Polis Negeri, DCP Dato' Pahlawan Azizi Hj. Mat Aris di IPK Perak sebelum dibawa ke Auditorium Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara, Ipoh bagi menyampaikan amanat kepada warga kerja JPJKK.

Dalam amanat yang disampaikan, Dato' Aidi telah menekankan enam teras utama iaitu mencegah jenayah, menghapuskan peluang jenayah, menghapuskan niat jenayah, menangani persepsi negatif masyarakat, memperkasakan dan menjadi penasihat komuniti kepada pegawai serta anggota JPJKK dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Hadir sama, Ketua JPJKK Perak, SAC Noorzainy Hj. Mohd Noor, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Dasar Sumber JPJKK Bukit Aman, SAC Saiman Kasran dan Ketua Penolong Pengarah Operasi Darat JPJKK Bukit Aman, SAC Jamel Salleh.

Sumber: Polis Perak

ArtikelDiterbitkan 08 Dec 2022 2.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM