Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Op Selamat 23 Polis Kota Setar Prihatin Bantu Warga Emas Terjatuh

Published: 30 Jan 2025 1.45 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Syabas diucapkan kepada Koperal Azuwan Shah Abidin dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar yang pantas membantu seorang warga emas selepas terjatuh ketika sedang melintas jalan di kawasan lampu isyarat Aman Central, Alor Setar, Kedah, semalam. Ketika kejadian, beliau bersama Koperal Mohd Is’zafi Asri dari Balai Polis Alor Setar sedang bertugas dalam Op Selamat 23 sempena
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-op-selamat-23-polis-kota-setar-prihatin-bantu-warga-emas-terjatuh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:27 MYT
Syabas diucapkan kepada Koperal Azuwan Shah Abidin dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar yang pantas membantu seorang warga emas selepas terjatuh ketika sedang melintas jalan di kawasan lampu isyarat Aman Central, Alor Setar, Kedah, semalam.

Ketika kejadian, beliau bersama Koperal Mohd Is’zafi Asri dari Balai Polis Alor Setar sedang bertugas dalam Op Selamat 23 sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

Meskipun bantuan yang dihulurkan tampak kecil, namun keprihatinan dan sifat ihsan yang ditunjukkan mencerminkan semangat warga Sang Saka Biru dalam menjaga keselamatan masyarakat.

Sumber: Polis Kedah

Video Pilihan Op Selamat 23 Polis Kota Setar Prihatin Bantu Warga Emas Terjatuh


ArticlePublished 30 Jan 2025 1.45 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM