
Putrajaya, 28 Januari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) ke-134 di Bilik Mesyuarat Menteri Dalam Negeri (MDN), Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa, Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, petang tadi.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh MDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu turut dihadiri Ketua Setiausaha KDN selaku Setiausaha SPP, Datuk Awang Alik Jeman.
Hadir sama dalam mesyuarat tadi ialah Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid, Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, DCP Datuk Suryani Sungit serta Ahli-ahli SPP.
Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim