Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Kpn Santuni Mangsa Nahas Kemalangan Jalan Raya Psp Unit 5

Published: 17 May 2025 1.20 AM Updated: 15 Aug 2026 8.02 PM
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengadakan lawatan kebajikan ke atas enam anggota polis dari Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Unit 5 yang terlibat dalam kemalangan maut pada Selasa lalu di Hospital Teluk Intan (HTI), Perak pada 16 Mei 2025.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-kpn-santuni-mangsa-nahas-kemalangan-jalan-raya-psp-unit-5
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:49 MYT
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengadakan lawatan kebajikan ke atas enam anggota polis dari Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Unit 5 yang terlibat dalam kemalangan maut pada Selasa lalu di Hospital Teluk Intan (HTI), Perak pada 16 Mei 2025.

Ketibaan Tan Sri Razarudin bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman telah disambut oleh Pengarah HTI, Dr. Mohd Khairul Baharin Baharudin dan Timbalan Perubatan HTI, Dr. Noor Azira Haron.

Dalam lawatan yang diadakan, Tan Sri Razarudin dan Puan Sri Datuk Zainah telah menitipkan kata-kata semangat buat kesemua ahli keluarga dan waris anggota yang terlibat agar tabah menghadapi ujian di samping mendoakan mereka yang cedera diberi kesembuhan daripada kesakitan yang dialami.

Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: Konstabel Muhammad Adzha Ahmad Zulkopli

Video Pilihan Kpn Santuni Mangsa Nahas Kemalangan Jalan Raya Psp Unit 5



ArticlePublished 17 May 2025 1.20 AMUpdated 15 Aug 2026 8.02 PM