
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Tindakan Pdrm Tembak Mati Seorang Penjenayah Dilakukan Ikut Sop Selepas Pertimbangan Wajar Kpn
Kuala Lumpur, 17 Mei 2025 - “Tidak wujud istilah trigger-happy (sesuka hati membunuh penjenayah) dalam tugasan dan matlamat polis membendung aktiviti penjenaya...
Kuala Lumpur, 17 Mei 2025 - “Tidak wujud istilah trigger-happy (sesuka hati membunuh penjenayah) dalam tugasan dan matlamat polis membendung aktiviti penjenayah berbahaya di negara ini,” ujar Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain.
la turut mencetus perdebatan hangat di media sosial apabila ada pihak menuduh polis melepaskan tembakan ke arah penjenayah tanpa pertimbangan wajar.
Terbaru semalam, polis menembak mati dua penjenayah lelaki yang aktif melakukan kes samun pusat pengumpulan kurier dan pengedaran dadah di parkir kondominium, di Nilai, Negeri Sembilan.
Suspek warga tempatan yang juga ahli kumpulan kongsi gelap turut memiliki dua pucuk pistol separa automatik dan revolver yang digunakan untuk menembak polis.