Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Teruskan Ziarah Mangsa Nahas Kemalangan Jalan Raya Di Psp Unit 5 Sungai Senam

Diterbitkan: 16 May 2025 3.09 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.00 PM
Ipoh, 16 Mei 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain meneruskan lawatan kebajikannya dengan menziarahi waris dan mangsa nahas trak Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Unit 5 Sungai Senam, di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-teruskan-ziarah-mangsa-nahas-kemalangan-jalan-raya-di-psp-unit-5-sungai-senam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:23 MYT
Ipoh, 16 Mei 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain meneruskan lawatan kebajikannya dengan menziarahi waris dan mangsa nahas trak Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Unit 5 Sungai Senam, di sini, petang tadi.

Beliau yang hadir bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman telah mengunjungi balu kepada Allahyarham Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif iaitu Puan Haswati Rosdi. Lawatan diteruskan ke kediaman Koperal Nizam Tarmizi yang telah dibenarkan pulang ke rumah setelah menerima rawatan di hospital pada Rabu lalu.

KPN dan isteri juga tidak ketinggalan menyantuni balu mendiang
Sarjan Perumal Sugunathan, Helen Tracy Walter di kediamannya di Bandar Lahat Mines.

Terdahulu, Tan Sri Razarudin telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas keluarga mendiang Koperal Nurit Pandak di Taman Diawan, Kampar yang meninggalkan seorang isteri iaitu Puan Jowissemborsxs Bah Johan.

Tan Sri Razarudin dan isteri menitipkan doa dan menyuntik kata-kata semangat buat waris serta ahli keluarga yang terlibat agar cekal menghadapi ujian di samping menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban mereka.

Turut hadir, Komander PSP, SAC Rosli Md. Yusof dan barisan Ketua Jabatan Polis Kontinjen Perak, Ketua Polis Daerah (KPD) Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, KPD Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daus dan Timbalan Pegawai Pemerintah PSP Unit 5, DSP Muhamad Amin Mat Yassin.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

May be an image of 7 people and text

May be an image of 3 people

May be an image of 4 people and headscarf

May be an image of 5 people and text that says 'URI'

May be an image of 8 people, headscarf and text
ArtikelDiterbitkan 16 May 2025 3.09 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.00 PM