Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Kpn Saksi Serah Terima Tugas Dan Hadir Paluan Berundur Pengarah Dan Pengerusi Perkep Jabatan Kdnka

Diterbitkan: 16 Dec 2025 7.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menjadi saksi Majlis Serah Terima Tugas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim kepada pemangkunya, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Gerakan/Operasi) Bukit Aman, CP Dato’ Fisol Salleh yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Kuala Lumpur pada 15 Disember 2025.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-kpn-saksi-serah-terima-tugas-dan-hadir-paluan-berundur-pengarah-dan-pengerusi-perkep-jabatan-kdnka
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:06 MYT

Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menjadi saksi Majlis Serah Terima Tugas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim kepada pemangkunya, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Gerakan/Operasi) Bukit Aman, CP Dato’ Fisol Salleh yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Kuala Lumpur pada 15 Disember 2025.

Turut berlangsung dalam majlis yang sama ialah serah terima tugas jawatan Pengerusi PERKEP Jabatan KDNKA di antara Datin Sri Sharifah Rodziah Syed Agil kepada Naib Pengerusi PERKEP Jabatan KDNKA Datin Hajah Norli Ahmad yang akan memangku tugas jawatan Pengerusi PERKEP jabatan berkenaan. Penyerahan tugas tersebut telah disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose.

Pada sebelah petangnya pula, telah berlangsung Majlis Paluan Berundur di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur sebagai penghargaan Pasukan atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Dato’ Sri Azmi dan suri hatinya, Datin Sri Sharifah Rodziah.

Sumber: TikTok PDRMsia_Official

Juruvideo: Lans Koperal Muhamad Afiq Abdullah dan Lans Koperal Mohamad Ridzuan Razak.

Video Pilihan Kpn Saksi Serah Terima Tugas Dan Hadir Paluan Berundur Pengarah Dan Pengerusi Perkep Jabatan Kdnka


ArtikelDiterbitkan 16 Dec 2025 7.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM