Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Sembah Mengadap Dymm Raja Perlis Dan Dymm Raja Perempuan Perlis Sempena Majlis Penyerahan Motosikal Pengiring Pdrm

Diterbitkan: 17 Dec 2025 3.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 17 Disember 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid bin Hj. Ismail hadir sembah mengadap Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, di Istana Hinggap Perlis, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-sembah-mengadap-dymm-raja-perlis-dan-dymm-raja-perempuan-perlis-sempena-majlis-penyerahan-motosikal-pengiring-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:13 MYT
Kuala Lumpur, 17 Disember 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid bin Hj. Ismail hadir sembah mengadap Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, di Istana Hinggap Perlis, semalam.

Sembah mengadap itu diadakan bersempena Majlis Penyerahan Motosikal Berkuasa Tinggi Bagi Penugasan Kawalan Keselamatan dan Pengiring Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pada majlis tersebut, KPN yang diiringi Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri menyerahkan replika kunci sebagai simbolik penyerahan rasmi lima buah motosikal model BMW R1250 RT kepada Baginda di Anjung Istana.

DYMM Tuanku kemudiannya berkenan berangkat ke Bilik Mengadap Istana diiringi Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid bersama delegasi PDRM sebelum majlis diteruskan dengan sesi penyampaian cenderamata dan bergambar.

Turut hadir, Ketua Polis Perlis, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abd Rahman Kassim dan Ketua Penolong Pengarah Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, SAC Zulkifli Abu Bakar.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery.
May be an image of text

May be an image of dais and text

No photo description available.

May be an image of dais, the Oval Office and text

No photo description available.














ArtikelDiterbitkan 17 Dec 2025 3.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM