Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Kpn Hadir Mesyuarat Tawp Bilangan 1 Tahun 2024

Diterbitkan: 19 Aug 2024 2.03 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Mesyuarat Lembaga Pengurus Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) Bilangan 1 Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi TAWP, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-kpn-hadir-mesyuarat-tawp-bilangan-1-tahun-2024
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:26 MYT
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Mesyuarat Lembaga Pengurus Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) Bilangan 1 Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi TAWP, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.

Antara input yang dibincangkan ialah pembentangan laporan dan penyata kewangan, pengesahan minit mesyuarat lepas serta beberapa perkara berbangkit yang memerlukan tindakan ahli lembaga.

Turut hadir, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim, Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah, Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Abd Rahman Atan dan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis) Bukit Aman merangkap Setiausaha TAWP, SAC Alina Sa’ad.

Sumber: TikTok PDRMsia

Video Pilihan Kpn Hadir Mesyuarat Tawp Bilangan 1 Tahun 2024
ArtikelDiterbitkan 19 Aug 2024 2.03 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM