
Artikel
Posting Pilihan Perkep Malaysia Sampaikan Sumbangan Kepada Warga Pdrm Kontinjen Perlis
Kangar, 19 Ogos 2024 - Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia menyantuni warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perlis di Mes Pegawai Kanan, di sini,...
Kangar, 19 Ogos 2024 - Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia menyantuni warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perlis di Mes Pegawai Kanan, di sini, hari ini.
Tidak ketinggalan juga penyampaian bantuan persekolahan berbentuk beg sekolah kepada Pengerusi PERKEP Perlis, Datin Rosita Md Khair untuk diagihkan kepada 200 orang pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang terdiri daripada anak-anak warga PDRM yang bertugas di Kontinjen Perlis.
Turut hadir, Pemangku Pengerusi PERKEP Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Datin Hamidah Hashim dan ahli-ahli PERKEP Kontinjen.
Sumber: PERKEP Malaysia