Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Kpn Dekati Pengadu Dan Mangsa Kes Ipd Kubang Pasu

Diterbitkan: 18 Feb 2024 12.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mendekati para pengadu dan mangsa kes dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, Kedah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-kpn-dekati-pengadu-dan-mangsa-kes-ipd-kubang-pasu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:36 MYT
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mendekati para pengadu dan mangsa kes dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, Kedah.

Tan Sri Razarudin dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik untuk mendengar sendiri permasalahan mereka berhubung status laporan polis yang masih dalam tindakan.

"Saya berkesempatan mendengar pelbagai perkara yang telah mereka (pengadu) bangkitkan berkaitan siasatan yang sedang dilaksanakan oleh para pegawai penyiasat. Ini termasuklah beberapa "cold cases" yang mungkin dianggap tidak lagi menjadi keutamaan dalam siasatan pihak polis.

"Suka untuk saya maklum dan mengingatkan semua para pegawai penyiasat agar sentiasa melaksanakan siasatan dengan telus, berhemah, penuh amanah dan sedaya upaya membantu masyarakat di sekeliling kita, selari dengan slogan yang kita banggakan, 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'," ujar beliau.


Video Pilihan Kpn Dekati Pengadu Dan Mangsa Kes Ipd Kubang Pasu
ArtikelDiterbitkan 18 Feb 2024 12.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM