
Kubang Pasu, 17 Februari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mendekati penduduk setempat dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, di sini, petang tadi.
Tan Sri Razarudin seterusnya dibawa ke ruang legar Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik untuk beramah mesra dan mendengar sendiri permasalahan daripada para pengadu berhubung status laporan polis mereka yang masih dalam tindakan.
Hadir sama, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, barisan Ketua Jabatan Kontinjen Kedah, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan dan pegawai kanan PDRM.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Lans Koperal Bryan Mustin