Artikel
Video Pilihan Kpn Bersama Timbalan Kpn Hadir Persidangan Pjp Kp Bil 1 2024 Dan Mesyuarat Agung Tahunan Perkep
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitch...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Persidangan Pesuruhjaya Polis (PJP)/Ketua Polis (KP) Bilangan 1/2024 di Dewan Sultan Hj. Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kuala Lumpur.
Persidangan yang menghimpunkan barisan kepimpinan peringkat jabatan, kontinjen, briged, dan institusi latihan PDRM merupakan medium untuk mengatur dan menilai strategi serta gerak kerja Pasukan dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan Pasukan kekal relevan mengikut peredaran zaman.
Pautan TikTok: https://www.tiktok.com/@pdrm.../video/7377385534911548690...
Sumber: PDRM RMP TV dan TikTok PDRMsia

