Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Total Enforcement Hapus Aktiviti Perjudian Di Seluruh Negara Kpn

Diterbitkan: 06 Jun 2024 12.10 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.08 PM
Kuala Lumpur, 6 Jun 2024 – “Saya nak semua kontinjen dan daerah hapuskan semua judi, (secara) total enforcement”, tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika menyampaikan amanat beliau semasa Perasmian Persidangan Pesuruhjaya Polis (PJP)/Ketua Polis (KP)/Komander dan Komandan Bilangan 1 Tahun 2024 di Dewan Sultan Hj. Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/total-enforcement-hapus-aktiviti-perjudian-di-seluruh-negara-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:45 MYT
Kuala Lumpur, 6 Jun 2024 – “Saya nak semua kontinjen dan daerah hapuskan semua judi, (secara) total enforcement”, tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika menyampaikan amanat beliau semasa Perasmian Persidangan Pesuruhjaya Polis (PJP)/Ketua Polis (KP)/Komander dan Komandan Bilangan 1 Tahun 2024 di Dewan Sultan Hj. Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, hari ini.

Beliau mahukan semua pucuk pimpinan PDRM di peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah melakukan penguatkuasaan secara total terhadap aktiviti perjudian yang berlaku di seluruh negara, termasuk melipatgandakan usaha memburu mereka yang terlibat dalam pelaburan tidak wujud.

Ia bagi menjelaskan kepada masyarakat bahawa Pasukan sentiasa mengambil perhatian serius dan tindakan sewajarnya dalam menangani isu-isu sebegini.

Persidangan yang menghimpunkan barisan kepimpinan peringkat jabatan, kontinjen, briged dan institusi latihan PDRM merupakan medium untuk mengatur dan menilai strategi serta gerak kerja Pasukan dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam memastikan PDRM kekal relevan mengikut peredaran zaman.

Dalam amanat yang disampaikan pagi tadi, Tan Sri Razarudin turut mengingatkan mereka yang hadir supaya memberi perhatian khusus terhadap isu integriti dan tata kelola dalam penyeliaan.

“Adalah ditegaskan bahawa PDRM tidak akan melindungi atau cuba menyembunyikan sebarang bentuk kesalahan, salah laku, rasuah, mahupun pelanggaran disiplin dalam kalangan warga Pasukan. Tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap mana-mana warga Pasukan yang terlibat dengan kesalahan-kesalahan tersebut”, tegas beliau lagi.

Terdahulu, dalam majlis yang sama Tan Sri Razarudin turut berbesar hati menyempurnakan perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia kali Ke-52 Tahun 2024 dan penyerahan Tafsir Al-Quran yang disumbangkan oleh Kedutaan Arab Saudi kepada KPN pada 5 Februari lalu di Dewan Sultan Hj. Ahmad Shah, di sini.

Mesyuarat Agung PERKEP pada kali ini memfokuskan isu-isu kebajikan ahli keluarga warga Pasukan yang dipengerusikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Zainah Othman. Tidak ketinggalan, turut diadakan program bacaan yasin yang diadakan di kediaman rasmi KPN yang terletak di Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Seperti kelaziman dalam persidangan yang diadakan saban tahun, beberapa jabatan akan membentangkan gerak kerja dan strategi penugasan serta hal ehwal pengurusan dalam PDRM bagi memantapkan lagi mutu perkhidmatan Pasukan kepada masyarakat.

Hadir sama, Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato’ Pahlawan Shazeli Dato’ Kahar dan barisan Ketua Urus Setia KPN.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

See insights and ads
Total Enforcement Hapus Aktiviti Perjudian Di Seluruh Negara Kpn
All reactions:
4040
 
 





May be an image of 5 people and text

May be an image of 10 people, dais and text that says 'オ山 PERSIDANGAN ANGAN PJP PUP/KP/KOMANDER.DANKOMAND KP. JKOMANDER DAN KOMANDAN PJP/KP BIL. 1/2024

May be an image of 3 people and text

May be an image of 4 people, dais and indoors

May be an image of 6 people and text

ArtikelDiterbitkan 06 Jun 2024 12.10 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.08 PM