Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Keamanan Kini Bukti Keselamatan Ess Zone

Published: 10 Aug 2026 2.05 AM Updated: 16 Sep 2026 11.32 AM
Ikuti sedutan rakaman ucapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam Majlis Makan Malam Program Taklimat dan Tinjauan Keselamatan Bersama Perwakilan Asing Ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) Tahun 2026 di Sandakan, Sabah pada 7 Ogos 2026.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-keamanan-kini-bukti-keselamatan-ess-zone
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:38 MYT
Ikuti sedutan rakaman ucapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam Majlis Makan Malam Program Taklimat dan Tinjauan Keselamatan Bersama Perwakilan Asing Ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) Tahun 2026 di Sandakan, Sabah pada 7 Ogos 2026.

Sejak tahun 2020, tiada lagi ancaman penculikan untuk wang tebusan (kidnap for ransom) dilaporkan. Pencapaian ini adalah hasil komitmen berterusan Kerajaan MADANI melalui Kementerian Dalam Negeri, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah, agensi-agensi keselamatan serta Kerajaan Sabah dalam memastikan keselamatan rakyat dan pelawat di ESS Zone sentiasa terjamin.

Pada masa yang sama, keselamatan turut menjadi asas kepada pembangunan mampan dan pemuliharaan khazanah alam Sabah seperti Pulau Selingan, hutan hujan tropika, beruang matahari Borneo dan orang utan. Apabila keselamatan diperkukuh, usaha pemuliharaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, manakala pembangunan lestari dapat terus berkembang.

Sumber: Saifuddin Nasution Ismail

Video Pilihan Keamanan Kini Bukti Keselamatan Ess Zone
ArticlePublished 10 Aug 2026 2.05 AMUpdated 16 Sep 2026 11.32 AM