Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Perketat Prosedur Perkhidmatan Kurier P Hailing

Diterbitkan: 10 Aug 2026 2.02 AM Dikemas kini: 21 Aug 2026 4.43 PM
Petaling Jaya, 10 Ogos 2026 - Polis Diraja Malaysia akan mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kementerian Pengangkutan bagi memperketat prosedur perkhidmatan kurier, penghantaran barang dan p-hailing.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-perketat-prosedur-perkhidmatan-kurier-p-hailing
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:53 MYT
 
Petaling Jaya, 10 Ogos 2026 - Polis Diraja Malaysia akan mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kementerian Pengangkutan bagi memperketat prosedur perkhidmatan kurier, penghantaran barang dan p-hailing.

la sebahagian usaha pihak berkuasa itu untuk membanteras penyeludupan dadah dan barangan terlarang lain menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Hussein Omar Khan, di bawah cadangan itu, penghantaran dan pengambilan barang hanya dilakukan di lokasi tertentu yang mempunyai sistem rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Langkah itu bagi membolehkan pihak berkuasa mengesan penghantar dan pemilik barangan dengan lebih mudah sekiranya ia melibatkan penyeludupan khususnya dadah.

"Sekarang sindiket menggunakan kelompangan dalam ekosistem perkhidmatan kurier dan p-hailing dalam penghantaran bahan-bahan terlarang seperti dadah sama ada secara kecil-kecilan atau dalam amaun yang besar.

"Mereka guna identiti palsu atau identiti orang lain termasuk alamat orang lain atau premis lain.

" (Jadi, barangan) tidak boleh (diletak) sebarangan tempat di kaki lima dan sebagainya. Mereka perlu mempunyai stesen tertentu yang ada CCTV supaya dirakam siapa yang menghantar.

"Ini penting dari segi identiti individu yang menggunakan perkhidmatan itu dan visual orang yang menghantar dirakam untuk tujuan keselamatan serta mengelakkan platform ini disalahgunakan untuk pengedaran dadah," katanya dalam siaran podcast bersama Utusan Malaysia, Jumaat lalu.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of text

May be an image of text


ArtikelDiterbitkan 10 Aug 2026 2.02 AMDikemas kini 21 Aug 2026 4.43 PM