Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Hari Polis Ke 217 Timbalan Kpn Hadir Rakaman Forum Perdana Ehwal Islam

Published: 28 Mar 2024 3.26 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
[VIDEO PILIHAN] HARI POLIS KE-217: TIMBALAN KPN HADIR RAKAMAN FORUM PERDANA EHWAL ISLAM
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-hari-polis-ke-217-timbalan-kpn-hadir-rakaman-forum-perdana-ehwal-islam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:48 MYT
[VIDEO PILIHAN] HARI POLIS KE-217: TIMBALAN KPN HADIR RAKAMAN FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Ariffin hadir ke Forum Perdana Ehwal Islam yang berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Forum yang bertajuk “Scammer: Jerat Dalam Talian” anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu menampilkan beberapa figura hebat sebagai ahli panel iaitu Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia) JSJK Bukit Aman, SAC Zaldino Zaludin, Penolong Pengarah Kanan JAKIM, Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud, Timbalan Mufti Negeri Pahang, Dato' Badli Shah Alauddin serta Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud sebagai moderator.

Sumber: PDRM RMP TV dan TikTok PDRMsiaOfficial

Video Pilihan Hari Polis Ke 217 Timbalan Kpn Hadir Rakaman Forum Perdana Ehwal Islam
ArticlePublished 28 Mar 2024 3.26 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM