Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Dan Pengerusi Perkep Malaysia Hadir Majlis Berbuka Puasa Bersama Dymm Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan

Diterbitkan: 28 Mar 2024 6.35 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Pilah, 28 Mac 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Hussain dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Masjid Jamek Yam Tuan Raden, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-dan-pengerusi-perkep-malaysia-hadir-majlis-berbuka-puasa-bersama-dymm-yang-di-pertuan-besar-negeri-sembilan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:32 MYT
 
Kuala Pilah, 28 Mac 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Hussain dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Masjid Jamek Yam Tuan Raden, di sini.

Turut berangkat dalam majlis yang sama ialah DYMM Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.

Seusai berbuka puasa, baginda berdua bersama tetamu jemputan menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Imam 4 Masjid Jamek Yam Tuan Raden, Imam Muhammad Burhanudin. Manakala solat Isyak dan Tarawih telah diimamkan oleh Imam 1 Masjid Jamek Yam Tuan Raden, Imam Mohd Nasrul Hakim Md Nasir.

Sebelum berangkat pulang, baginda telah bercemar duli menyampaikan sumbangan kepada 53 penerima asnaf dan anak yatim dalam Daerah Kuala Pilah.

Hadir sama, Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato' Ahmad Dzaffir Mohd Yusof bersama isteri merangkap Pengerusi PERKEP Kontinjen Negeri Sembilan, DSP Datin Erny Yusnida Che Yussof, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Hj. Mohd Ghani, wakil-wakil jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sembilan.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryan Mustin.

May be an image of 12 people

May be an image of 9 people, headscarf, dais and text

May be an image of 9 people, dais and text

May be an image of 6 people, child, dais and text

May be an image of 10 people, lighting, table, dais and text that says 'Majlis Berbuka Puasa Bersama DYMM YA -PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DAN AMPUAN BESA
ArtikelDiterbitkan 28 Mar 2024 6.35 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM