Article
Video Pilihan Anggota Urb Ipd Ipoh Bantu Penunggang Motosikal Kehabisan Minyak 20251119
Syabas dan terima kasih kepada Koperal Aiman Syazwan Ahmad dan Lans Koperal Muhammad Ariff Yaacob dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Bahagian Pencegahan Jen...
Syabas dan terima kasih kepada Koperal Aiman Syazwan Ahmad dan Lans Koperal Muhammad Ariff Yaacob dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh yang memberi bantuan kepada penunggang motosikal kerana kehabisan minyak di Jalan Raja Dihilir, Ipoh, Perak, semalam.
Mereka yang pada ketika itu dalam penugasan rondaan pencegahan jenayah telah terserempak dengan lelaki berkenaan lalu memberi bantuan segera dengan menunda motosikal berkenaan ke stesen minyak yang berhampiran.
Semoga sikap murni tersebut dapat dijadikan tauladan buat warga Sang Saka Biru dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Sumber : Polis Daerah Ipoh

