Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Integriti Teras Keutuhan Pdrm Jips Terus Diperkasa Kpn

Diterbitkan: 19 Nov 2025 4.16 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.32 PM
Kuala Lumpur, 19 November 2025 – Integriti diangkat sebagai fokus utama dalam memartabatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai organisasi penguatkuasaan yang berwibawa dan profesional, seiring tuntutan masyarakat terhadap perkhidmatan kepolisan yang telus, beretika serta bebas salah laku.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/integriti-teras-keutuhan-pdrm-jips-terus-diperkasa-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 08:30 MYT
Kuala Lumpur, 19 November 2025 – Integriti diangkat sebagai fokus utama dalam memartabatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai organisasi penguatkuasaan yang berwibawa dan profesional, seiring tuntutan masyarakat terhadap perkhidmatan kepolisan yang telus, beretika serta bebas salah laku.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menegaskan bahawa Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) kekal menjadi nadi penggerak dalam memperkukuh budaya pematuhan Pasukan serta memastikan warga Sang Saka Biru sentiasa berada pada landasan yang betul.

“Sejak penubuhannya pada 25 Julai 2014, JIPS telah memainkan peranan penting dalam memastikan PDRM kekal sebagai organisasi penguatkuasaan yang berintegriti, berwibawa dan beretika. Justeru, saya mengangkat integriti sebagai Fokus Utama KPN dalam usaha memartabatkan Pasukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan KPN bagi bulan November 2025 anjuran JIPS di pekarangan Kompleks 3, Ibu Pejabat Polis PDRM Bukit Aman, di sini.

Tambah beliau, PDRM kini sedang membangunkan Strategi Pembanterasan Rasuah PDRM yang berpandukan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional bagi memperkukuh integriti, tatakelola dan usaha memerangi rasuah dalam Pasukan.

“Inisiatif ini adalah indikator terbaik dalam mengekang dan menjauhkan sebarang bentuk salah laku serta pelanggaran etika perkhidmatan. Namun ia bukan hanya tanggungjawab JIPS, sebaliknya memerlukan kerjasama semua peringkat kepimpinan,” ujarnya.

Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid turut menekankan keperluan pemantauan kesejahteraan mental warga PDRM, khususnya berkaitan tekanan kerja, perubahan emosi dan gejala kemurungan.

“Tindakan intervensi awal melalui kaunseling, empati dan bimbingan perlu diberikan agar mereka yang terkesan mendapat sokongan sewajarnya,” tambah beliau lagi.

Seusai majlis, seramai 20 warga kerja Bukit Aman telah menerima Surat Penghargaan KPN sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan mutu perkhidmatan mereka. Penyampaian sijil tersebut berlangsung dalam satu sesi ringkas di Tingkat 31, Menara 1.
Hadir sama ialah Timbalan KPN, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah JIPS selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Datuk Hj. Hamzah Hj. Ahmad, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi.

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 19 Nov 2025 4.16 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.32 PM