
Artikel
Posting Pilihan Pdrm Dekati Generasi Muda Melalui Pameran Aset Di Sk Alam Damai
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dekati generasi muda melalui pameran aset PDRM yang diadakan oleh Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejaba...
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dekati generasi muda melalui pameran aset PDRM yang diadakan oleh Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur, semalam.
Seramai 1,200 murid menyertai program ini yang bertujuan memberi pendedahan awal tentang aspek keselamatan serta peranan polis dalam menjaga keamanan negara. Inisiatif ini turut mengukuhkan hubungan mesra antara PDRM dan komuniti, seiring slogan “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.
Para murid juga berpeluang melihat dengan dekat aset-aset PDRM dan merasai pengalaman menaiki kenderaan Pasukan yang pastinya menjadi momen paling dinanti-nantikan.
Sumber: Polis Daerah Cheras



