Utm Jalin Hubungan Community Policing Bersama Pdrm
Oleh : L/Kpl Iqbal Nasruddin
Penyunting : Insp. Hamizah Abu Bakar
Kuala Lumpur, 17 Dis – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sememangnya sentiasa terbuka dan mengalu-alukan komunikasi yang berterusan di antara masyarakat dengan pihak polis dalam aspek penyebaran maklumat, terutamanya yang berkaitan dengan sebarang aktiviti jenayah.
Melalui kerjasama dan semangat “esprit de corp” serta “smart partnership” yang wujud di antara polis dan masyarakat, dengan kolaborasi strategik seperti ini segala usaha-usaha ini akan menjadi kenyataan sepertimana yang dilakukan bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam program Community Policing Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.
Program tersebut disempurnakan oleh Pengarah Pengurusan PDRM, YDH Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun di Dataran ILMU, UTM pagi tadi.
Program tersebut adalah jalinan kerjasama pintar di antara komuniti kampus UTM dengan PDRM dalam usaha membanteras jenayah terutamanya di kawasan kampus selain mewujudkan satu sistem kawalan yang mantap, dalam usaha menjadikan kawasan kampus sebagai tempat yang selamat untuk menimba ilmu.
Dalam pada itu, PDRM turut merancang untuk membuat pengambilan Kadet Inspektor di kalangan mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat secara lansung dalam Kor SUKSIS di 22 buah institusi pengajian awam dan swasta di seluruh negara.
Dianggarkan sebanyak 30 peratus daripada penglibatan Kor SUKSIS akan diserap ke dalam pasukan polis dengan melalui proses temuduga.
Turut hadir, Timbalan Komandan Latihan PULAPOL Kuala Lumpur, ACP Abdul Latiff Yunus dan Pengarah Pusat Komuniti & Jaringan Industri (CCIN), Y.Bhg Prof. Madya Dr. Nur Nuha Abu Bakar yang mewakili Pengarah Kampus UTM Kuala Lumpur.
Program Community Policing dimulakan dengan senam robik bersama Pengarah Pengurusan PDRM, YDH Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun

Persembahan seni mempertahankan diri dari kumpulan kanak-kanak
Sekitar Program Community Policing di Dataran ILMU, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur

Ucapan perasmian oleh Pengarah Pengurusan PDRM, YDH Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun
Gimik perasmian Program Community Policing di Dataran ILMU, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur