Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pasukan Simpanan Persekutuan Genap 59 Tahun

Diterbitkan: 17 Dec 2014 7.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
“Selari dengan perkembangan semasa berhadapan dengan pelbagai demonstrasi jalanan, PDRM akan menambah baik peralatan logistik dan tatacara tindakan mengikut piawaian antarabangsa untuk meningkatkan keupayaan PSP,” ujar Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ketika hadir menyaksikan perbarisan istiadat ulang tahun PSP.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasukan-simpanan-persekutuan-genap-59-tahun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:03 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo
Foto : Sjn Zaiddin Dahalan, Kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp. Hamizah Abu Bakar

Kuala Lumpur, 17 Dis – Hari ini genap 59 tahun penubuhan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ia disambut dengan penuh istiadat dalam satu perbarisan di Padang Kawad Kompleks PSP, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Hampir enam dekad penubuhannya, PSP terus membuktikan kemampuannya menangani ancaman ketenteraman awam bermula dengan Rusuhan Kaum pada Mei 1969 dan insiden Memali 1985.

“Selari dengan perkembangan semasa berhadapan dengan pelbagai demonstrasi jalanan, PDRM akan menambah baik peralatan logistik dan tatacara tindakan mengikut piawaian antarabangsa untuk meningkatkan keupayaan PSP,” ujar YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ketika hadir menyaksikan perbarisan istiadat ulang tahun PSP.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga PDRM yang sentiasa bersama-samanya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan bagi memastikan rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni sekaligus memastikan negara sentiasa kekal sejahtera.

Majlis hari ini turut memperkenalkan kawad cegah rusuhan transformasi PSP yang merupakan hasil kolaborasi PDRM dan polis Perancis.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, YDH DIG Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, YDH SDCP Dato’ Mohamed Fuad Abu Zarim, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, YDH SAC Dato’ Abdul Hamid Mohd Ali merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur majlis, Dato’-Dato’ Pengarah serta Timbalan Pengarah PDRM, warga kerja PDRM dan rakan media.

Pasukan Simpanan Persekutuan Genap 59 Tahun
Sekitar ketibaan Pegawai Kanan Polis dan tetamu jemputan

Ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara, YDH DIG Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim (tengah) disambut oleh Setiausaha PDRM, YDH DCP Dato' Ramli Din (kiri) dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, YDH SDCP Dato’ Mohamed Fuad Abu Zarim (kanan)

Pasukan Simpanan Persekutuan Genap 59 Tahun
'Guard Turn Out' PSP memberi tanda Hormat Panglima kepada ketibaan Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar

Pasukan Simpanan Persekutuan Genap 59 Tahun
Ketibaan Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar disambut oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, YDH SDCP Dato’ Mohamed Fuad Abu Zarim dan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, YDH SAC Dato’ Abdul Hamid Mohd Ali

Pasukan Simpanan Persekutuan Genap 59 Tahun
Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar memberi tabik hormat  kepada Panji PSP 

Pasukan Simpanan Persekutuan Genap 59 Tahun
Pegawai Pemerintah Baris, DSP Norizam Ibrahim

Pasukan Simpanan Persekutuan Genap 59 Tahun
Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar memeriksa barisan Kawalan Kehormatan diiringi oleh YDH DSP Norizam Ibrahim, Pegawai Pemerintah Baris dan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, YDH SAC Dato’ Abdul Hamid Mohd Ali

Pasukan Simpanan Persekutuan Genap 59 Tahun
Demonstrasi formasi baru cegah rusuhan transformasi Pasukan Simpanan Persekutuan

Supt. Lokman Hakim Nik Abd Kadir, Pegawai Pemerintah Unit 1 menerima Cota Kuasa

Pasukan Simpanan Persekutuan Genap 59 Tahun
DSP Law Phon Thai, Pemangku Pegawai Pemerintah Unit 2 menerima Cota Kuasa

Pasukan Simpanan Persekutuan Genap 59 Tahun
Supt. Kamarulzaman Maarof, Pegawai Pemerintah Unit 3 menerima Cota Kuasa

Pasukan Simpanan Persekutuan Genap 59 Tahun
Supt. Eg Lean Siong, Pegawai Pemerintah Unit 4 menerima Cota Kuasa

Pasukan Simpanan Persekutuan Genap 59 Tahun
Supt. Abu Hassan Jaafar, Pegawai Pemerintah Unit 5 menerima Cota Kuasa

Pasukan Simpanan Persekutuan Genap 59 Tahun
Supt. Abu Hassan Jaafar, Pegawai Pemerintah Unit 5 menerima Cota Kuasa

Pasukan Simpanan Persekutuan Genap 59 Tahun
DSP Lee Swee Meng, Pegawai Pemerintah Unit 7 menerima Cota Kuasa

Pasukan Simpanan Persekutuan Genap 59 Tahun
DSP Fauzi Ismawi, Pegawai Pemerintah Unit Berkuda menerima Cota Kuasa

Pasukan Simpanan Persekutuan Genap 59 Tahun
Ucapan Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar

Pasukan Simpanan Persekutuan Genap 59 Tahun
Bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar

Pasukan Simpanan Persekutuan Genap 59 Tahun
Sesi sidang media

Pasukan Simpanan Persekutuan Genap 59 Tahun
Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar beramah mesra dengan warga insan istimewa yang dijemput khas dari Program Pemulihan Dalam Komuniti Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (PDK) Penyayang, Bukit Changgang, Banting

Pasukan Simpanan Persekutuan Genap 59 Tahun
Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar bergambar kenangan bersama warga insan istimewa yang dijemput khas dari Program Pemulihan Dalam Komuniti Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (PDK) Penyayang, Bukit Changgang, Banting

ArtikelDiterbitkan 17 Dec 2014 7.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM