Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Utk Tebus Kekecewaan Muncul Juara Ujian Mara Lasak Jabatan Kdnka Tahun 2024

Diterbitkan: 14 Feb 2024 1.50 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ipoh, 14 Februari 2024 - Unit Tindakhas (UTK) berjaya menebus kekecewaan mereka pada tahun lalu dengan muncul juara keseluruhan Ujian Mara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) bagi tahun ini yang berlangsung di Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta, di sini hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/utk-tebus-kekecewaan-muncul-juara-ujian-mara-lasak-jabatan-kdnka-tahun-2024
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:15 MYT
 
Ipoh, 14 Februari 2024 - Unit Tindakhas (UTK) berjaya menebus kekecewaan mereka pada tahun lalu dengan muncul juara keseluruhan Ujian Mara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) bagi tahun ini yang berlangsung di Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta, di sini hari ini.

Malah unit elit itu turut membaiki catatan masa mereka pada edisi lepas iaitu 3 jam 2 minit 8 saat kepada 2 jam 38 minit 38 saat, sekali gus meletakkan Batalion 5 PGA di tempat kedua (2 jam 50 minit) dan tempat ketiga menjadi milik Batalion 1 PGA dengan catatan masa 2 jam 59 minit 43 saat.

Acara pelepasan yang bermula jam 7.00 pagi itu telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (PGA), Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi di Dataran Kawad Briged Utara PGA.

Manakala kemuncak majlis penutupan yang berlangsung pada sebelah petang, disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain dengan diiringi Ketua Polis Perak, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri.

Dalam ujian mara lasak kali ini sebanyak 21 pasukan telah mengambil bahagian, melibatkan penyertaan seramai 798 pegawai kanan dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Antara yang mengambil bahagian ialah 11 Batalion PGA dari Semenanjung Malaysia, Briged Sabah PGA, BRIGED SARAWAK PGA, Pasukan Polis Marin, Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Simpanan Persekutuan dan pasukan jemputan iaitu Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

Dalam ucapannya, Tan Sri Razarudin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang yang telah berjuang sehingga ke garisan penamat dengan menghabiskan cabaran sejauh 20 kilometer.

Beliau turut menzahirkan rasa bangganya atas kesungguhan dan semangat "esprit de corps" yang dipamerkan oleh kesemua peserta serta berharap ianya dapat diaplikasikan dalam penugasan di lapangan.

"Warga PDRM perlulah terus memberikan perkhidmatan yang terbaik demi agama, bangsa dan negara serta berkerjalah dengan telus dan amanah untuk menjaga maruah pasukan keramat ini," katanya.

Terdahulu, Tan Sri Razarudin turut menyampaikan sijil penyertaan kepada semua 21 pengurus pasukan yang mengambil bahagian dalam ujian tahun ini.

Hadir sama, Komander PGU, DCP Dato' Noor Sham Md Jani, Komander Briged Utara PGA, SAC Shahrum Hashim serta barisan Komander Pasukan.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 2 people and text that says 'MARA LASAK DNKA 2024'

May be an image of flute and clarinet

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 9 people and text that says 'KASIH 2'

ArtikelDiterbitkan 14 Feb 2024 1.50 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM