
Artikel
Timbalan Kpn Di Perhimpunan Bulanan Kdn Bulan Februari 2024
Putrajaya, 14 Februari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi ke Perhimpunan Bulanan Kementerian Da...
Putrajaya, 14 Februari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi ke Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berlangsung dekat Auditorium Setia Perkasa, di sini.
Majlis yang dianjurkan secara bergilir oleh keseluruhan Bahagian dan Agensi di bawah KDN itu dikelolakan sepenuhnya pada kali ini oleh Jabatan Pendaftaran Negara, dengan disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Selain penganugerahan Sijil Pentauliahan Ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam kepada pegawai JPN, majlis tadi turut menyaksikan peluncuran Sistem Permohonan Salinan Sah Daftar Kelahiran yang dibangunkan di bawah JPN sendiri.
Hadir sama, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Ketua Setiausaha (Timbalan KSU) (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, berisan Timbalan KSU KDN dan Pengarah serta Timbalan Pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia.
Jurugambar: PDRM RMP TV