Artikel
Uspek Bakar Remaja Ditahan
Serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sentul di sebuah rumah panjang di Setapak Jaya pagi semalam berjaya memberkas suspe...
Serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sentul di sebuah rumah panjang di Setapak Jaya pagi semalam berjaya memberkas suspek utama yang disyaki membakar Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, dalam kejadian 13 Ogos lalu di kawasan semak berhampiran Flat Wangsa Sari, Seksyen 1, Wangsa Maju.
Turut ditahan seorang rakan lelaki dan empat wanita b
erusia 19 hingga 20 tahun yang didapati positif dadah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Dato' Ku Chin Wah, berkata beberapa bahan bukti yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan perbuatan terbabit termasuk pakaian mempunyai kesan petrol dan mesej berbaur ugutan antara suspek dan mangsa turut ditemui. Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan bunuh dan direman selama lima hari bermula semalam.