Usaha Pdrm Bagi Meningkatkan Kualiti Modal Insan Melalui Pengurusan Kerjaya Pdrm Yang Lebih Berkesan
Melaka, 12 November, 2010 - PDRM dalam usaha dan menambahbaikan dasar pengurusan kerjaya PDRM . Usaha ini dijangka mampu menjana perspektif kerjaya yang lebih gemilang di kalangan pegawai dan anggota sedia ada selain mampu menarik golongan muda yang berminat untuk menyertai pasukan. Usaha ini dijalankan melalui Satu Bengkel Penyediaan Dasar Pengurusan Kerjaya PDRM telah diadakan oleh PDRM bermula 8 November lalu dan berakhir hari ini. Bengkel ini diadakan bagi memantapkan dasar pengurusan kerjaya PDRM dan sekaligus meningkatkan kualiti sumber manusia yang dimiliki oleh PDRM.
Bengkel ini telah diadakan di Everly Resort Hotel, Melaka dan perasmian bengkel tersebut telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato' Mortadza B Nazarene, Pemangku Pengarah Pengurusan PDRM. Bengkel sepanjang 5 hari ini dihadiri oleh 30 orang pegawai-pegawai kanan PDRM berpangkat Superitendan (SUPT) sehingga Senior Assistant Commisioner (SAC) yang terpilih dan berpengalaman luas.
Antara objektif-objektif penganjuran bengkel ini adalah:-
- Menyediakan rangka kerja dan perkhidmatan pengurusan kerjaya pekerja dari aspek mengenal pasti, melaksana danmenilai strategi kerja;
- Menyediakan individu-individu di dalam organisasi bagi menduduki jawatan-jawatan strategik;
- Menyediakan rangka kerjaya termasuk laluan kerjaya, pemindahan (intra dan inter organisasi), kompetensi yang
diperlukan serta aktiviti pembangunan kompetensi-kompetensi tersebut; dan
- Menawarkan perkhidmatan kerjaya termasuk kaedah perancangan kerjaya, maklumat kerjaya dan panduan kerjaya
yang disediakan oleh Jabatan Pengurusan Sumber Manusia.

Antara para pegawai yang menghadiri Bengkel Penyediaan Dasar Pengurusan Kerjaya

Ucapan perasmian oleh YDH DCP Dato' Mortadza Bin Nazarene, Pemangku Pengarah Pengurusan.

YDH SAC Dato' Aishah Bt Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Perkhidmatan (Rekod Personel) menyampaikan cenderamata kepada YDH Dato' Mortadza B Nazarene.

Para peserta Bengkel Penyediaan Dasar Pengurusan Kerjaya PDRM bergambar kenangan dengan YDH DCP Dato' Mortadza B Nazarene.