Perkep Malaysia Bantu Mangsa Banjir Pdrm
Perlis, 11 November, 2010 - Perkep Malaysia melalui Naib Pengerusinya, YBhg Datin Nur Habibah Bt Hatim bersama ahli-ahli Perkep Malaysia turun ke Perlis dan Kedah bagi melawat serta memberi sumbangan kepada mangsa banjir, ahli keluarga Perkep Perlis dan Kedah.
Lawatan oleh Perkep Malaysia bermula di Dewan Kuarters Seriab, Perlis dengan YBhg Datin Nur Habibah Bt Hatim menyampaikan pesanan dan hasrat YBhg Puan Sri Hajjah Suriati Bt Mohd Sobri, Pengerusi Perkep Malaysia. Beliau menyatakan rasa bangga dengan semangat yang dimiliki oleh ahli keluarga Perkep walaupun berdepan dengan dugaan bencana banjir kali ini. Kejadian sebegini bukan penyebab untuk ahli-ahli Perkep serta ahli keluarga untuk merasa malang malah menjadikan kejadian ini sebagai sebab untuk teruskan hidup dengan lebih baik selepas ini. Selain itu, YBhg Datin Nur Habibah Bt Hatim turut menyatakan, bahawa Perkep Malaysia amat prihatin dan rasa bertanggungjawab bagi sama-sama membantu mangsa banjir. Pesanan sama turut disampaikan kepada ahli-ahli Perkep Kedah serta keluarga di Dewan Derga Jaya, Alor Setar, Kedah.
Sumbangan di Dewan Kuarters Seriab, Perlis disampaikan oleh YBhg Datin Nur Habibah Bt Hatim kepada YBhg Datin Norsiah Bt Jalaludin, Pengerusi Perkep Perlis manakala di Dewan Derga Jaya, sumbangan diterima oleh YBhg Puan Azizah Bt Ramzan, Ketua Biro Seni dan Budaya, Perkep Kedah. Perkep Malaysia memberi bantuan kewangan sebanyak RM5000 bagi setiap Perkep Kedah dan Perkep Perlis
Mengakhiri lawatan di Perlis dan Kedah, YBhg Datin Nur Habibah Bt Hatim serta ahli rombongan Perkep Malaysia mengambil peluang beramah mesra, bertanya khabar dan memberikan sokongan kepada mangsa-mangsa banjir yang terdiri daripada ahli-ahli keluarga PDRM. Jumlah mangsa banjir di Perlis adalah sebanyak 550 keluarga dan di Kedah melibatkan sebanyak 398 keluarga.
YBhg Datin Nur Habibah Bt Hatim, Naib Pengerusi Perkep Malaysia menyampaikan pesanan dan amanat kepada ahli-ahli Perkep Kedah.
YBhg Datin Nur Habibah Bt Hatim menyampaikan sumbangan dari Perkep Malaysia kepada YBhg Datin Norsiah Bt Jalaludin, Pengerusi Perkep Perlis untuk diagihkan kepada mangsa banjir PDRM.
Antara mangsa banjir serta ahli-ahli Perkep yang hadir ke sempena lawatan oleh Perkep Malaysia.
Sumbangan disampaikan oleh YBhg Datin Nur Habibah Bt Hatim kepada YBhg Puan Azizah Bt Ramzan, Ketua Biro Seni dan Budaya, Perkep Kedah, dari Perkep Kedah.
YBhg Datin Nur Habibah Bt Hatim sempat beramah mesra dan bertanya khabar kepada ahli-ahli Perkep.